Assalamuallaikum,

Cahaya FM adalah radio internet Islamik yang telah diwujudkan sejak tahun 2010 yang diinisiatifkan oleh Nazri Abdullah dan Mohd. Jasni Ahmad Shukri. Disebabkan oleh beberapa hal yang tidak dapat dielakkan, Cahaya FM terberhenti operasinya sehinggalah ianya diaktifkan semula secara sederhana pada tahun 2019.

Radio internet ini berpengkalan di Rumah Transit Mualaf Sabah, Kg. Lohan II, Ranau, Sabah, Malaysia di bawah kawalan Persatuan Pendakwah Islam Sabah (PPIS). Walau bagaimanapun, LIVE streaming online disiarkan dari pelbagai tempat.

Pada masa ini Cahaya FM diaktifkan dengan AUTODJ dan disesetengah masa akan ada interaktif penyampai yang bersiaran secara terus dari konti. Cahaya FM juga mengadakan playlist bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dengan bacaan terjemahan Bahasa Melayu untuk membantu memberikan kefahaman kepada pendengarnya.

Secara jangka masa panjang, Cahaya FM berazam untuk menjadi radio internet Islam di Sabah yang dilengkapi dengan keperluan terkini sebagai medium penyiar suara dan video agar mampu agresif dalam berinteraksi dengan masyarakat umum dengan keterampilan yang baik dan menarik.

Sokongan dan keprihatinan semua pihak amat kami hargai. Selamat bersama kami. Semoga ada yang bermanfaat yang anda boleh dapatkan dari kami di Cahaya FM.

 

Our company is an essay formulating solutions which provides. Nearly always. You may select the right journalist in britain, arrange any due date and call it conducted. If satisfie, you pay after and onlyd proof-reading